~layan~

Friday 9 December 2011

SMART THINKING OF MONEY =D

Harini rin nak share mcm mane most people make money...


Best kan bile ckp tentang duit..tp yang pasti duit jugak yang akan mendatangkan lebih byk duit, sama ada kite melabur, study, berniaga dan lain2..dulu ramai orang tertipu dgn skim cpt kaya, sekarang pulak rin tertarik dgn SKIM SENANG KAYA..ups!! jgn salah faham..Actually rin ckp tntg ASB..or in exact way is ASB loan dr CIMB, RHB or Maybank..

Advisor terbaik rin dlm hal kewangan ni adalah abg rin..bangah..As a conclusion dia ckp mcm nie...contoh pinjaman ASB dr RHB EASY banking..

Jumlah Pinjaman (RM) dan unit saham                   :  40 000
Tempoh Pinjaman                                                  :  25 Tahun 
Jumlah yang perlu dibayar sebulan                          :  RM 244
Jumlah yang perlu dibayar setahun                   :  RM 2928
Dividen Tahunan                                                    :  7.5sen seunit 
Jumlah dividen setahun                                      :  RM 3000

Dari kiraan kat atas nie aper yang korang nampak??? Yang sepatutnyer korang nampak adalah kite perlu cari duit utk bayar pinjaman hanya utk tahun pertama jer..sebab??? tahun kedua kite leh guna duit divided jer utk tampung bayaran bulanan...so dah xyah pening2 cari duit..rolling punyer rolling cukup 25 tahun dah dpt RM40 000...


Kalau korang pandai lg the 2nd year tu wat pinjaman baru..tp jumlah maksimum hanya 200K..ape yang perlu fikirkan hanya bayaran bulanan utk tahun pertama jer...then dah tak gune duit korang dah...yang best lg if korang rasa 25 tahun tu lambat sgt korang leh stop setakat 11 tahun ker..still dapat duit dlm 10K..

Tetibe terfikir pasal HUKUM...ni copy paste dari utusan online:



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So...feel free to try!!!!!

2 comments: