~layan~

Saturday, 24 December 2011

A.K.U.S.A.Y.A.N.G.K.A.M.U =)

Sahabat..Aku sayang kamu..
Maafkan aku tatkala aku menyisihkan dirimu..
Terima kasih kerana sudi utk kembali bersahabat dgn ku..
Indahnya hidup ini apabila dikelilingi sahabat yang mencari cinta ALLAH...
Bersahabat kerana ALLAH...
Mengajak kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran...
Sahabat ketika susah dan senang...
Mudah-mudahan aku dapat bertemu mereka di syurga....insyaAllah..




sahabatku yg dirahmati Allah....

ketahuilah...

diri ini akan selalu mendoakanmu...

moga hidupmu sentiasa dalam lindunganNya..

agar dirimu selalu dalam pemeliharaanNya...

kerna kau sahabatku...

dulu...

kini...

dan selamanya...
.
fiddunya wal akhirah...

Jgn sedih2 ea..saya kan ade..
~NURRIN~WASSALAM~

Friday, 23 December 2011

Tringat mase kecik2 dulu..sweeeeeett!!

Aku still ingat lagi mase aku kecik2..suke sgt main tutup botol..ader yg pggl Ceper..kalau nk bli air, bli yang botol punyer, kaler msti same jer..cukup 5 tutup botol...yeay!!! dah bleh main =D

Pas serakkan..jentik2..bestnyer...

Mase kecik2 tinggal dgn wan kat kampung..ptg2 kene g masjid blajar ngaji..before tggu imam dtg, sempat jugak lar kteorg main tutup botol nie..g skolah pon bwk tutup botol..yela..dulu2 umah wan mane ade computer, PS apetah lagi..nak bli beskal pon mahal..so main tutp botol jela..n mainan yg lain2..rules dok umah wan tak leh balik lambat2..sbelum mgrib kene balik umah..tp aku selalu jer lmbat blk, penah wan xbg masuk umah lg..sedih2..tp skang wan dah xder..al fatihah =(

Lebih kurang mcm ni rupe basikal atok..

Aku syg sgt dgn wan..walaupun dia garang..suke cubit org..pnah gak mulut kene cili ngn arwah wan sbb melawan..ishhh2...nakalnyer...atok plak lembut jer..selalu kate boleh..so kalau nk pape g lar carik atok..hari2 atok jemput kat prasekolah naik beskal..kalau naik bukit, dia tak larat nak kayuh..dia tolak, tp aku ttp dok blakang beskal tu, atok xbg turun..love them so much...

Skarang nie, xde dah budak2 tutup botol, naik beskal tua g skolah..most of them manje gile ngn parents diaorg..ape nak, smua dapat..huhu..

tengteng...


Ha!!! ader satu lg game peberet aku..tengteng...huhu..ptg2 salu kwn2 dtg kat umah..main benda nie..tp..penah jugak aku main sorang2..yg penting kene carik batu, wat line kat tanah, then baling batu tu, lompat2..waktu kecik2..aku gemok skit (byk kot)..so susah gle nak main tenteng, xpnah menang...kat skolah rendah dulu ade kawan2 pggl aku doraemon =( Sedih betul..warghhhh....

At least Doraemon tu baik..so TAK KISAH...


Mcm2 story mase kecik2..sedih,happy..smua ader..so this is my life n love story from nurrin, TQ =)

Tuesday, 13 December 2011

Tiada kasih sesuci kasihMu...

Dalam keheningan pagi ini...aku menangis...menitiskan air mata dengan hati tersangat pedih..tangis pilu, malu pd penciptaku...aku mencariMu di saat tiada seorang pon yang memahami rintihanku, di saat hamba2 Mu dibuai mimpi di hening pagi..Hatiku menangis kerana dosa-dosaku namun tetap gembira setelah sujud pdMu..Terima kasih ya Allah kerana memberi ku nikmat senyuman sekali lg.. 






Walaupun belum Engkau terima taubatku, Wahai Yang Maha Mulia, telah mendekat juga bagiku waktu kembali. Wahai Yang Pengasih, walaupun Engkau palingkan wajahMu dariku, akukan akan tetap menjaga wajahku agar tidak berpaling dari wajah-Mu. Jika Engkau luaskan nikmatMu dan Engkau beri aku nikmat yang yang tiada penghujungnya...mungkin juga aku kan terus leka dan tenggelam dengan kenikmatan dunia...maka dengan itu aku sangat bersyukur atas apa yang kumiliki sekarang ini...Bimbinglar aku ya Allah, berikan aku peluang sekali lg untuk berada dilandasanMu...

Ampuni aku Ya Allah!






Allah, hamba sedang bermunajat. Engkau yang Maha Melihat dan sedang melihat hamba. Engkau Yang Maha Mendengar dan sedang Mendengar hambaMu”. Tambahkanlah imanku... Sinarkanlah perjuangan hidupku yang kian kabur dengan kenikmatanMu.. Tetapkan imanku supaya ia tidak bermusim dan tidak juga dikalahkan oleh nafsu yang tersembunyi dalam diriku..sesungguhnya aku amat malu denganMu ya Allah..tiada kasih sesuci kasihMu...


....Dari tujuh orang yang mendapatkan naungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada Hari Kiamat kelak, ketika matahari hanya sejengkal dari kepala adalah air mata yang menangis memohon ampun kepada Allah, sebagai Sabda Nabi, ‘Dan orang yang mengingat Allah sendirian, lalu air matanya bercucuran.’ (HR. Bukhari & Muslim)....

Friday, 9 December 2011

SMART THINKING OF MONEY =D

Harini rin nak share mcm mane most people make money...


Best kan bile ckp tentang duit..tp yang pasti duit jugak yang akan mendatangkan lebih byk duit, sama ada kite melabur, study, berniaga dan lain2..dulu ramai orang tertipu dgn skim cpt kaya, sekarang pulak rin tertarik dgn SKIM SENANG KAYA..ups!! jgn salah faham..Actually rin ckp tntg ASB..or in exact way is ASB loan dr CIMB, RHB or Maybank..

Advisor terbaik rin dlm hal kewangan ni adalah abg rin..bangah..As a conclusion dia ckp mcm nie...contoh pinjaman ASB dr RHB EASY banking..

Jumlah Pinjaman (RM) dan unit saham                   :  40 000
Tempoh Pinjaman                                                  :  25 Tahun 
Jumlah yang perlu dibayar sebulan                          :  RM 244
Jumlah yang perlu dibayar setahun                   :  RM 2928
Dividen Tahunan                                                    :  7.5sen seunit 
Jumlah dividen setahun                                      :  RM 3000

Dari kiraan kat atas nie aper yang korang nampak??? Yang sepatutnyer korang nampak adalah kite perlu cari duit utk bayar pinjaman hanya utk tahun pertama jer..sebab??? tahun kedua kite leh guna duit divided jer utk tampung bayaran bulanan...so dah xyah pening2 cari duit..rolling punyer rolling cukup 25 tahun dah dpt RM40 000...


Kalau korang pandai lg the 2nd year tu wat pinjaman baru..tp jumlah maksimum hanya 200K..ape yang perlu fikirkan hanya bayaran bulanan utk tahun pertama jer...then dah tak gune duit korang dah...yang best lg if korang rasa 25 tahun tu lambat sgt korang leh stop setakat 11 tahun ker..still dapat duit dlm 10K..

Tetibe terfikir pasal HUKUM...ni copy paste dari utusan online:



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.

Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So...feel free to try!!!!!